seismik

[VIDEO] "Terpaksa Belah Dua" - Anak Tersangkut Dalam Mesin Basuh, Ibu Minta Bantuan Bomba

Take note kepada sesiapa yang ada anak kecil di rumah!

Cover image via @walyhashim (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ibu bapa yang memiliki anak-anak kecil di rumah sudah tentu biasa melayani ragam anak mereka

Tidak dinafikan, kadangkala anak kecil di rumah akan menunjukkan sifat nakal mereka sehinggakan ibu bapa pening melayani. Ada masa juga, mereka ini comel sehingga membuat ibu bapa geli hati. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang anak kecil tersangkut dalam mesin basuh telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh di bawah: 

@walyhashim

Tag kawan2 yang ada anak kecil #fyp #fypage

Fade (69 Remix) - Alan Walker

Ibu minta bantuan bomba untuk keluarkan anak yang tersangkut dalam mesin basuh

Menerusi video yang dimuat naik oleh @walyhashim di TikTok, kelihatan sekumpulan bomba bergegas ke rumah mangsa.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila rakaman tersebut memaparkan seorang anak kecil tersangkut dalam mesin basuh. Mesin basuh tersebut berada di atas lantai dalam keadaan melintang. 

Anak kecil tersebut tidak menangis pada awalnya, dia mula menangis apabila abang bomba bertindak untuk membelah mesin basuh kepada dua. Perkara tersebut memaksa bomba menggunakan gergaji kecil yang dilihat begitu hampir dengan badan si kecil. 

"Ni mesti lepas ni kalau degil lagi mak dia akan cakap, mak letak kau dalam mesin basuh kang" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut melihat anak kecil itu yang berada dalam mesin basuh. Malah, ramai pula yang menyakat di ruangan komen.

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 1.5M tontonan, 123K tanda suka dan 6K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan pengajaran dan iktibar kepada semua ya!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: