seismik

[VIDEO] "Cari Pasal Lagi, Kan Dah Kena" - Dua Budak Kecil Gaduh Ini Buat Ramai Terhibur

Sampai main tarik rambut beb!

Cover image via @teemakhul (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memiliki anak-anak kecil sudah semestinya menjadikan suasana rumah lebih riuh dan kecoh

Namun begitu, jika mereka bersama adik beradik atau berjumpa dengan saudara yang sama lingkungan umur, sudah pasti mereka akan bergaduh dan cari pasal.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila dua orang budak kecil sedang bergaduh sehingga menangis telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dia yang tarik rambut, dia juga yang nangis sebab kena gigit dengan member

Menerusi video yang dimuat naik oleh @teemakhul di laman TikToknya, kelihatan dua orang budak kecil yang terdiri daripada seorang lelaki dan perempuan berada di halaman rumah. 

Apa yang lebih melucukan lagi adalah apabila budak lelaki itu bertindak untuk cari pasal dengan menarik rambut budak perempuan itu. Lebih kelakar lagi apabila budak perempuan itu dilihat membalas dendam dengan menggigit tangan rakannya itu.

Budak lelaki itu lantas menangis tanpa henti kerana kesakitan. Dengan video yang berkapsyenkan "perempuan tak pernah salah" itu telah menarik perhatian netizen di TikTok. 

"Budak girl tu be like, dia ni dah kenapa nak nangis, dah lah kacau aku dulu" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kedua-dua budak kecil itu. Malah, ramai yang menyakat mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 2.4M tontonan, 164K tanda suka dan 6K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Mesti budak perempuan tu menyampah dengan member dia kan? Sebab tu buat perangai play victim! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: