[VIDEO] Ayah Terpaksa Klon Badan Isteri, Gara-Gara Anak Enggan Didukung Orang Lain
Sanggup rembat pakaian dalam isteri.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Anak kecil sudah pastinya melekat dengan ibu 24 jam kerana mereka lebih rapat dan memerlukan susu ibu setiap masa
Tidak seperti ayah kerana ayah perlu keluar untuk bekerja dan jarang berada di rumah. Oleh sebab itu, anak kecil terutamanya bayi akan sentiasa didampingi oleh ibu mereka.
Namun begitu, tular sebuah video di TikTok apabila seorang ayah terpaksa meniru badan isteri untuk menjaga anaknya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terpaksa rembat pakaian dalam isteri untuk jaga anak
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ayah sedang kehilangan akal untuk menjaga anak kecilnya semasa isterinya tiada di rumah.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sang ayah terpaksa merembat dan memakai pakaian dalam isterinya itu untuk mendukung anaknya. Difahamkan anaknya merengek dan enggan didukung orang lain selain ibunya.
Lebih melucukan lagi, ternyata trick sang ayah dengan memakai baju dalam isteri itu menjadi. Anak kecilnya berjaya didukung tanpa merengek.
"Jangan cerewet minta ayah jalan-jalan kampung pula ya nak" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat sang ayah. Malah, ada juga yang kagum dengan idea ayah yang kreatif dan bijak.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 1.6M tontonan, 115K tanda suka dan 4K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: