seismik

[VIDEO] "Ayah Terpaksa Tahan Sabar" - Gelagat Anak Ini Mengaji Buat Ramai Cair

Kena marah pun comel!

Cover image via @elliza.razak (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai ibu bapa, sudah tentunya mereka ingin melihat zuriat sendiri menjadi anak-anak yang soleh dan solehah

Oleh sebab itu, ada juga ibu bapa yang mengambil inisiatif untuk mengajar anak mereka mengaji sendiri daripada menghantar mereka ke pusat pengajian.

Namun begitu, pasti sepanjang proses mengaji itu tentu ada yang mencabar kesabaran para ibu bapa.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang kanak-kanak lelaki tetap comel walaupun dimarahi apabila mengaji telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@elliza.razak

Alahai anak.. Ngaji sungguh-sungguh tauu.. Janji kena SABAR… @khairuladzwannasir #fyp #Family #ellizarazakcoway #parenting

original sound - ELLIZA RAZAK - ELLIZA RAZAK

Geram dan merengek apabila disuruh ulang bacaan semula

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang mengajar anak-anaknya mengaji di bilik mereka setelah selesai solat.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sang anak yang dikenali sebagai Emir itu dilihat geram dan liat apabila disuruh ulang bacaan oleh ayahnya. Malah, Emir tidak fokus dan asyik memandang ke arah TV dan cermin.

Kecomelan Emir terserlah apabila dia menyuruh ayahnya membaca bacaan Iqra itu dengan perlahan. Slangnya memang tidak ubah seperti mat salleh.

"Emir tatawuuu, not that one, don't fast fast, not again", katanya.

"Emir ngaji stres, sampai macam nak gaduh dengan daddy" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat Emir yang comel. Malah, ramai yang mengaku mereka tidak tahan gelak melihat video itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 298K tontonan, 26K tanda suka dan 494 komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, mengaji pun comel je Emir ni! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: