[VIDEO] "Dugaan Berat" - Gelagat Budak Kacau Ayah Semasa Solat Ini Buat Ramai Terhibur
Ya Allah, sampai masuk kain pelikat!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memiliki anak-anak kecil membuatkan suasana di rumah lebih ceria dan meriah
Ibu bapa juga perlu melayani kerenah mereka yang pelbagai ragam. Kadangkala mereka ini comel dan mencuit hati ibu bapa. Namun kadangkala mereka ini juga nakal dan menunjukkan macam-macam gelagat yang menggeramkan.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang kanak-kanak bertindak untuk mengacau ayahnya yang sedang solat telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba gelak sakan sambil masuk kain pelikat ayah semasa solat jemaah
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang menunaikan solat secara berjemaah di bilik mereka.
Apa yang menghiburkan adalah apabila seorang kanak-kanak dilihat bermain-main dengan ayahnya yang sedang khusyuk solat mengimamkan ibu anak kecil itu.
Lebih melucukan lagi, kanak-kanak itu dilihat masuk ke dalam kain pelikat ayahnya kemudian gelak sakan di depan ayahnya.
Perkara itu membuatkan mereka sekeluarga tidak fokus solat lantas turut gelak sekali dengan anak mereka.
"Sampai esok la kau solat maghrib" - Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu. Malah, ramai yang turut menyakat mereka. Selain itu, ada juga yang berkongsi pengalaman sama.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 690K tontonan, 48K tanda suka dan 900 komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: