seismik

"Tahan Gelak" - Gelagat Si Kecil Ini Solat Sambil Tergolek-Golek Buat Ayah Hilang Fokus

Penat bapak dia tahan gelak!

Cover image via @radewa6 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memiliki anak kecil sudah pastinya dapat menceriakan dan meriuhkan suasana di rumah

Kadangkala geram dengan gelagat mereka yang sangat mencuit hati. Kadang pula, ada yang nakal sampai ibu bapa yang perlu memantau anak-anak mereka. Tetapi tidak dinafikan sifat mereka ketika kecil ini memang akan buat satu rumah riuh! 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang kanak-kanak perempuan tidak berhenti bermain ketika solat berjemaah telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah: 

@radewa6

#tTingkah laku#Si bocil. Sang Ayah tak mampu menahan tawa...

suara asli - RaDeWa6 - RaDeWa6

Anak tergolek-golek semasa sujud buat ayah hilang fokus

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekeluarga yang terdiri daripada seorang ayah, kakak dan adik perempuan sedang solat di bilik mereka. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila adik perempuan itu sempat tergolek-golek semasa sujud. Manakala yang lain tetap fokus solat. Adik perempuan itu tidak berhenti setakat itu, setiap kali sujud dia akan tergolek seperti sedang belajar gimnastik. 

Lebih melucukan lagi adalah apabila sampai rakaat ketiga, ayahnya dilihat menahan gelak kerana gelagat anaknya yang tidak reti duduk diam itu. 

"Cerah masa depan kau dik, kecik kecik dah pandai forward roll" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat si kecil itu. Malah, ramai yang gelak besar dan mengatakan mereka tidak akan fokus apabila solat bersama adik-adik.

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 4.6M tontonan, 268K tanda suka dan 13K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau kita mesti dah batal dah sebab tergelak, aduhai lawaklah dik oi! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: