seismik

"Rambut Tersangkut Sikat" - Punyalah Geram, Abang Marah Adik Buat Ramai Boleh Relate

Tipulah siapa tak pernah macam ni jugak!

Cover image via @aeshfr (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebanyakan kanak-kanak perempuan pada usia kecil dulu memang suka bermain dengan sikat rambut

Tambahan lagi kalau memiliki rambut yang panjang, pasti sering disikat menggunakan sikat kecil yang ada di rumah. Biasalah, perempuan kan suka bermain dengan rambut selain bermain dengan patung-patung Barbie yang ada. 

Namun begitu, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan rambut budak perempuan tersekat dan tersangkut di sikatnya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@aeshfr

Takde kerja, nak cari kerja. Penatlah aku bela adik perempuan #fyp #foryou #notyourboy #xyzbca

Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod

Gelabah rambut tersangkut sikat, abang pula membebel

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang abang sedang merakam adiknya di ruang tamu kerana rambutnya tersangkut pada sikat.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila adik perempuannya dilihat diam dan cemas apabila segumpal rambutnya tersangkut sikat bentuk bulat. Abangnya pula membebel dan memarahi adiknya itu.

Perkara itu juga mengundang pertolongan ibunya tetapi masih gagal meleraikan rambut pada kanak-kanak itu. Kemudian, rambutnya itu terlerai setelah berkali-kali ibunya cuba.

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

@aeshfr

Reply to @girlswithantisocialprob inilah kesudahannya bagi yg tertanya tanya, dia nangis juga di pengakhirannya #fyp #foryou #notyourboy #xyzbca

Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod

"Aku pernah weh buat masa kecik dulu, pastu gelabah gunting rambut" - Netizen

Sementara itu, hasil merungkai ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan bersimpati dengan adik perempuannya. Malah, ramai yang mengaku perkara itu pernah terjadi kepada mereka semasa kecil. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 687K tontonan, 66K tanda suka dan 2K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Kesian member kena marah, tipulah kalau korang tak pernah buat kan? :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: