seismik

[VIDEO] "Nampak Kelibat Lalu" - Bayang-Bayang Muncul Dalam Rakaman Ini Bikin Netizen Seram

Video high quality!

Cover image via @azann9 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Family day merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua ahli keluarga pada suatu ketika dulu

Iyalah, boleh berseronok sesama ahli keluarga sendiri dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Kebiasaannya, hari keluarga ini akan diadakan di vila, resort, chalet atau mana-mana tempat yang sesuai. 

Namun, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan muncul bayang-bayang dalam rakaman semasa hari keluarga telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Nampak kelibat putih lalu sebuah pintu di banglo dalam rakaman

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang mengadakan hari keluarga di banglo yang terletak di Melaka.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila seorang daripada ahli keluarga merakam situasi dan suasana di depan kolam pada malam itu.

Pada akhir video, kelihatan muncul bayang-bayang seperti kelibat putih lalu di depan pintu semasa dia merakamnya buat semua meremang.

"Tahniah bang hasilkan kualiti video mantap, terima kasih tak rekod guna selipar atau kalkulator" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dengan rakaman itu. Malah, ramai yang berterima kasih dan memuji owner kerana video yang dirakamnya berkualiti tinggi.

Selain itu, ramai juga yang beranggapan tempat itu merupakan banglo di A'Famosa, Melaka. Mereka turut berkongsi kisah yang sama apabila menginap di situ.

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 208K tontonan, 5K tanda suka dan 300 komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Baca komen netizen auto meremang bulu ni woi! :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik