seismik

[VIDEO] Kecoh Babi Putih Lari Laju Masuk Kawasan Perumahan, Pemuda Ini Sempat Lari

Nasib baik dia perasan!

Cover image via @wancharlie (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jarang kita lihat haiwan liar seperti babi berada di kawasan perumahan bukan?

Kebiasaannya, haiwan liar akan berada di kawasan hutan yang tidak berdekatan dengan kawasan tempat tinggal manusia. 

Namun begitu, tular baru-baru ini video di TikTok yang memaparkan seorang pemuda sempat lari apabila seekor babi putih lari masuk ke kawasan perumahan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Lari lintang-pukang sebaik saja ternampak babi putih lari ke arahnya

Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa orang pemuda sedang berada di hadapan rumah sambil berbual-bual. Video itu sempat dirakam oleh CCTV rumah mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seekor babi berwarna putih tiba-tiba dilihat lari menyerbu ke arahnya dengan laju.

Pemuda itu sempat elak dan lari kemudian menyuruh keluarganya untuk menutup pagar. Tidak lama kemudian, babi putih itu lari ke tempat lain membuatkan mereka semua lega.

"Inilah definisi bila orang cakap laju gila babi" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dengan babi yang lari dengan laju itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 172K tontonan, 12K tanda suka dan 494 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terus melompat abang tu nampak babi putih, laju betul dia lari ya!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: