[VIDEO] "Terlalu Banyak Order" - Rider Ini Siap Join Pak Cik Tebar Roti Canai Sekali
Definisi beli roti canai ke buat roti canai, lama sangat!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Food rider merupakan antara orang yang paling penting pada musim pandemik ini
Perkara ini disebabkan semua orang lebih selesa untuk memesan makanan daripada rumah saja. Bukan saja senang, malah ia memang sangat menjaga keselamatan masing-masing. Tinggal pesan di aplikasi makanan saja melalui telefon.
Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang food rider turut ikut serta pak cik tebar roti canar telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Join sekali tebar roti canai sebab terlalu banyak order
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang food rider sedang memesan makanan daripada pelanggan di sebuah gerai roti canai.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila rider itu dilihat ikut serta pak cik berkenaan untuk tebar roti canai kerana banyak sangat pesanan.
Lebih melucukan lagi apabila rider tersebut kelihatan sangat mahir dalam menebar roti canai itu. Perkara itu mengundang pelbagai komen daripada netizen.
"Mungkin ni bakat yang terpendam dan sekarang masa untuk menyerlah" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang kagum dengan tindakan rider tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 1M tontonan, 139K tanda suka dan 3K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: