seismik

"Baru Tau Gelabah" - Sekumpulan Lelaki Sempat Menyorok Masa Lepak Lepas Nampak Polis Ronda

Lari lintang-pukang semua!

Cover image via @Tok_Tek (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Akibat pandemik yang melanda negara ini, pelbagai aktiviti telah dihadkan bagi mengurangkan penularan wabak penyakit Covid-19

Disebabkan itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di seluruh negara. Oleh itu, kita hanya dibenarkan untuk bergerak di dalam daerah saja untuk keselamatan semua.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan sekumpulan lelaki gelabah menyorok selepas ternampak rondaan polis semasa melepak depan rumah telah mencuri tumpuan.

LIhat video penuh itu di bawah:

Gelabah lari lintang-pukang sebab nak menyorok

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang duduk di atas motosikal masing-masing sambil lepak di depan rumah.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila mereka semua berlari lintang-pukang ke dalam rumah apabila ternampak ada polis yang meronda di kawasan itu.

Lebih melucukan lagi apabila mereka semua berebut nak masuk ke dalam rumah sampai ada yang melompat. Ada juga yang merangkak dan meniarap seperti askar supaya tidak kelihatan oleh polis.

"Auto menggelibas, dah jadi askar wataniah dah tu" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat sekumpulan lelaki itu. Malah, ramai yang menyakat mereka.

 Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 268K views, 10K retweets, 1K quote tweets dan 14K likes di Twitter.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Terus gelabah masing-masing lepas nampak polis ya! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: