seismik

[VIDEO] "Panik" - Pinangan Ditolak Wakil Pihak Perempuan, Si Ayah Tercengang Dengar Alasan

Bapak-bapak punya prank boleh tahan juga!

Cover image via @rohma0317 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap kaum mempunyai budaya dan adat masing-masing dalam perkahwinan

Budaya kaum Muslim Melayu dan Indonesia tidak jauh bezanya. Mereka juga mempunyai adat merisik, bertunang, nikah dan sebagainya. Antara salah satu adat adalah menghantar rombongan ke rumah pihak perempuan untuk merisik.

Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan seorang wakil perempuan menolak pinangan rombongan lelaki telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba tolak pinangan buat ramai terkejut dan tercengang

Menerusi video berkenaan, kelihatan rombongan pihak lelaki berada di rumah pihak perempuan untuk adat merisik.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang wakil pihak perempuan yang ditugaskan sebagai ketua upacara majlis selamba menolak pinangan pihak rombongan lelaki.

Lebih menghiburkan lagi, dia memberi alasan kerana dia tiada hak untuk menentukan disebabkan dia bukan siapa-siapa, yang lebih berhak untuk memutuskan adalah tuan rumah yang merupakan ayah kepada si anak yang dirisik.

Situasi itu menjadi tegang dan ayah kepada pihak lelaki itu terus tercengang dan berkata "terkejut aku". Perkara itu mengundang tawa mereka sekeluarga.

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

"Selamat anda kena prank, tulah main handphone lagi" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan pak cik tersebut. Malah, ramai yang menyakat si ayah kepada pihak lelaki kerana sempat bermain telefon. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 6.6M tontonan, 536K tanda suka dan 6K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik cuma prank, kalau betul memang pak cik main phone itu auto mengamuk! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: