Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Takut Benci Itu Datang" - Wanita Kesal Sikap Ibu Bapa Bandingkan Gaji Suami Masa Beraya

Yang penting gaji yang halal tau.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita tahu, zaman sekarang memang agak sukar untuk mencari pekerjaan

Tambahan pula mahu mendapatkan gaji idaman kita, bukan satu perkara yang mudah. Namun, jika anda masih mempunyai pekerjaan sekarang bersyukurlah dengan apa yang ada.

Tidak kisahlah gaji itu kecil atau besar asalkan ia datang dari sumber yang halal betul tak?

Terutama buat para suami kerana tanggungjawab mereka sangat besar dan gaji memainkan peranan yang sangat penting. Tapi, jika boleh menampung keluarga ia sudah cukup.

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kesal terhadap keluarganya sendiri yang suka membandingkan gaji suaminya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Sedih ibu bapa sendiri suka cakap belakang

Menerusi perkongsian tersebut di Facebook, wanita berkenaan memberitahu sikap ibu bapanya yang suka membandingkan keluarganya kepada ahli keluarga lain.

Menurutnya, semasa pulang beraya baru-baru ini ada sedara mara jauh yang telah datang berziarah ke rumah mereka.

Dalam pada asyik berbual, ayahnya telah membandingkan gaji suaminya dengan ahli keluarga yang lain. Difahamkan, suaminya pada masa itu hanya bekerja di kampung.

"Saya terdengar yang ayah cakap sekarang ni kalau gaji dekat RM3,000 pun tak cukup nak hidup. Aayah jadikan pula suami saya sebagai contoh. Tengok macam suami si tut... gaji tak sampai RM3,000 kehidupan daif apa pun tak ada. Saya sebagai isteri nak nangis rasa ayah cakap suami saya camtu depan sedara mara," tulisnya.

Tambahnya dia merupakan seorang suri rumah dan tidak bekerja. Namun, walaupun gaji suaminya tidak begitu banyak, tanggungjawab tetap dilaksanakan.

Malah, sebelum ini mereka tinggal di rumah ibu bapa wanita itu dan suami tidak pernah lupa membeli barang dapur dan apa yang patut.

Si suami kemudian menerima tawaran kerja baru di Johor Bahru dan kehidupan mereka bertambah baik. Namun, keluarga tetap mengata walaupun mereka sudah berpindah ke tempat lain.

"Entahlah saya sedih sangat saya banyak telan caci maki keluarga saya, suami selalu bagi tahu kat saya tak payah simpan dalam hati. Saya ta tahu maca mnaa lagi nak elak supaya saya tak timbul rsaa benci pada orang tua saya. Saya takut satu hari nanti rasa benci tu datang," tulisnya.

Lihat perkongsian itu di bawah:

Siapa saja tak sedih bila ibu bapa sendiri yang mengata kan? :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment