Takut Tergolong Dalam Kalangan Manusia Rugi? Elakkan Buat 5 Perkara Ini Di Bulan Ramadan
Peringatan buat semua umat Islam.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bulan Ramadan merupakan waktu di mana semua umat Islam berlumba-lumba mengerjakan ibadah untuk mendapatkan pahala yang berganda
Sebelum meraikan Hari Raya Aidilfitri, kita digalakkan untuk berpuasa selama sebulan sambil membuat amal ibadah sebanyak yang mungkin demi memperoleh pahala besar.
Namun, tanpa disedari mungkin ada ketikanya kita terlepas pandang beberapa perkara yang sebenarnya merugikan puasa kita.
Oleh itu, kami akan kongsikan antara lima perkara yang anda perlu elakkan supaya tidak tergolong dalam kalangan manusia rugi semasa dalam bulan Ramadan.
1. Tidak bersedekah
Image via korbanaqiqah.com
Bersedekah merupakan amal ibadah yang sangat digalakkan dalam agama Islam. Bukan saja pada bulan Ramadan, kita boleh bersedekah pada bila-bila masa saja walaupun sekecil RM0.10. Nilai kecil atau besar tidak penting, keikhlasan itu yang penting. Jadi, banyakkanlah bersedekah di bulan Ramadan ini untuk memperoleh pahala tinggi dan menjadi saham akhirat kita.
2. Tidak membaca Al-Quran
Image via detiknews
Bulan Ramadan merupakan bulan di mana Al-Quran diturunkan dan menjadi panduan kehidupan. Para alim ulama sentiasa membaca Al-Quran dan apabila sampai di bulan Ramadan, mereka akan melipat gandakan bacaan tersebut. Bahkan, Imam Syafie mengkhatamkan Al-Quran sebanyak dua kali pada setiap hari di bulan Ramadan. Jadi, marilah kita sama-sama membaca Al-Quran supaya hati sentiasa tenang.
3. Menghabiskan waktu siang dengan tidur
Image via Sinar Harian
Tidur pada waktu siang tidak membatalkan puasa kita. Tetapi, menurut para alim ulama, mereka yang menghabiskan waktu siang dengan tidur merupakan orang yang rugi. Hal ini kerana bulan Ramadan merupakan bulan untuk kita menambah amal ibadah. Jadi, rugilah jika kita hanya tidur dan tidak melakukan ibadah solat, membaca Al-Quran dan zikir sepanjang hari.
4. Menunggu waktu berbuka tanpa berdoa kepada Allah SWT
Image via The Asian Parent
Waktu yang mujarab dan paling sesuai untuk kita memperbanyakkan doa adalah ketika berbuka puasa. Namun begitu, ramai dalam kalangan kita yang terkadang menghabiskan masa di depan televisyen ataupun melayari laman sosial. Sabda Rasulullah berkata, sungguh orang yang berpuasa mempunyai doa yang dikabulkan dan tidak akan ditolak tatkala berbuka puasa. - [HR Ibn Majah 1743]. Jadi, jangan lepaskan peluang ini ya.
5. Bangun sahur tanpa meminta keampunan Allah SWT
Image via Odisi
Sahur merupakan waktu yang sangat penting bagi orang yang mahu berpuasa. Ini kerana kita akan mendapat keberkatan jika bersahur di bulan Ramadan. Itulah keistimewaan bulan mulia ini berbanding bulan-bulan lain. Selain daripada itu, firman Allah mengatakan orang yang bangun sahur dan meminta keampunan Allah SWT, maka akan diampuni dosa mereka.
Lima perkara ini sebenarnya sangat mudah untuk dilakukan, namun kita sebagai manusia tidak lari dari leka dunia. Jadi, sama-samalah kita mengingati antara satu sama lain :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment