Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur Tawar Bufet Buka Puasa Bertemakan 'Ramadhan Extravaganza'

Bufet Ramadhan Extravaganza menawarkan lebih daripada 172 pilihan hidangan tradisional dan antarabangsa.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur mengambil pendekatan yang berbeza tahun ini dengan menyajikan sebuah pengalaman luar biasa melalui tema 'Ramadhan Extravaganza' yang menggabungkan kemewahan gastronomi, pengalaman budaya dan kehangatan suasana beribadah

Terletak di tingkat 27 dengan pemandangan indah bandar raya Kuala Lumpur, Restoran Suasana@27 di aras 27 ini akan menampilkan bufet Ramadan yang bermula dari 2 Mac hingga 30 Mac 2025 menawarkan lebih daripada 172 pilihan hidangan tradisional dan antarabangsa.

Menurut Chef Eksekutifnya. Azizul Mohd Noor, pihaknya mengekalkan menu kegemaran ramai seperti Nasi Kambing Tagine Dulang Besar, Sup Gear Box, dan Gulai Daging Batang Pisang, sambil memperkenalkan variasi baru seperti Sup Kepala Ikan untuk memberi kejutan rasa kepada para tetamu.

"Untuk kelainan Ramadhan tahun ini, para tetamu akan disajikan juga menu baru Sup Kepala Ikan selain menu hidangan masakan Antarabangsa. Setiap Enam Belas (16) buah gerai menyediakan kepelbagaian pilihan menu yang mempunyai ceritanya sendiri sepertimana konsep pada tahun ini iaitu 'Ramadhan Extravaganza' kalau ingin tahu dan merasainya, cepat lah membuat tempahan sebelum penuh,"
katanya.

Para tetamu akan disajikan dengan Pilihan Kerabu, Ulam-ulaman, Sambal Kampung dan Salad. Pilihan Hidangan Utama seperti Ayam Rendang Pedas, Patin Gulai Tempoyak, Kari Sotong 'ala Utara', Stir-fried Chili Prawn, Daging Salai Masak Lemak, Paru Goreng Sambal Bawang, Pajeri Nenas 'ala kampung' dan Masakan Lemak Putih Pucuk Ubi bersama Keledek.

Image via TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur

Tidak ketinggalan juga menu pilihan di enam belas (16) gerai 'Ramadhan Extravaganza'

Antara menu yang ditawarkan di 16 gerai ini adalah Laksa Penang, Rojak Pasembur, Goreng-Gorengan, Satay Ayam dan Satay Daging, Murtabak dan Roti John, Western Corner yang menyediakan Pasta, Mushroom Soup, 2 types of pizza, Chicken Shawarma dan Roasted Whole Lamb, Ikan Bakar, Mee Goreng Mamak dan gerai Donut dengan pilihan Cinamon sugar, Chocolate, White Chocolate dan Strawberry Donut.

Pencuci Mulut juga tidak dilupakan seperti potongan Buah-Buahan Tempatan, Kurma, Dried Fruit, Assorted Nuts, 10 pilihan Kuih Melayu, Sagu Gula Melaka, Pulut Manga, Pulut Durian, Assorted Slice Cake, Jelly & Puding, 2 pilihan Kek, Pavlova, Assorted Tart, Mini Chocolate Mud, Cheese Cake, Caramel Fruit Cake, Swiss Roll, Mille Feuille, Cream Puff, Eclair, Panna Cotta, Mango Mousse, Strawberry Mouse, Cream Yogurt Strawberry, & Tropical Whole Fruit.

Image via TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur

Image via TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur

Selain itu, Gerai Biskut Balang yang menyediakan enam (6) jenis Biskut Kampung, Gerai ABC, Cendol dan Ais Krim, Buko Pandan, Pengat Nangka, Bubur Pulut Hitam, Bubur Gandum & Gerai Air Balang, Teh Tarik dan Kopi Kampung.

Bagi yang menginginkan suasana yang lebih peribadi atau mahu mengubah rasa ke arah Western anda boleh memilih untuk membuat tempahan di Restoran Eksklusif kami di TAMU Sky Lounge, di Aras 40 dan Sky View, Aras 42. 

Rasailah keenakan Daging Wagyu Halal yang 'Juicy and Melt in the Mouth' pastinya membuka selera pada setiap tetamu yang menikmatinya sambil bertemankan pemandangan menarik di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.

Baucar awal Ramadan telah dibuka untuk jualan dari sekarang sehingga minggu pertama Ramadan dengan harga RM99+ untuk seorang

Bagi pengunjung yang datang singgah terus untuk Iftar tanpa tempahan daripada 2 Mac 2025 sehingga 30hb Mac 2025, harga sebanyak RM169+ untuk seorang akan di kenakan. 

Namun, disarankan untuk membuat tempahan awal bagi mendapatkan tempat khas untuk anda. Harga sebenar untuk 'Ramadhan Extravaganza' merupakan RM169+ untuk seorang, RM75+ untuk warga emas yang berumur atas 60 tahun dan RM70+ untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah. 

Sila hubungi Restoran Suasana@27 menerusi talian hotel +603 -26031999 atau WhatsApp ke +6019-3039360 untuk tempahan dan pembelian baucar anda dengan segera.

Image via TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur

Terletak secara strategik dalam jarak berjalan kaki yang singkat ke Masjid Jamek Kampong Bharu, hotel kami merupakan tempat penginapan yang tepat dan selesa untuk menunaikan ibadah Tarawih, Tadarus dan Qiamullail.

Sepanjang bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini juga, para tetamu boleh menjalankan ibadah dengan penuh keselesaan dan ketenangan di TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur dengan tawaran pakej penginapan bilik istimewa pada harga RM160+ untuk Dua Hari Satu Malam (2H1M) dengan Sahur Percuma untuk Dua Orang dan juga diskaun sebanyak 20% untuk Ramadhan Extravaganza Berbuka di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur.

Image via TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment