Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tawarkan Lebih 13 Perisa Cream Puff, Jom Cuba Manisan Yang Penuh Inti & Sedap Ini!

Harga pun sangat berpatutan.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Choux pastry atau lebih dikenali sebagai cream puff merupakan pencuci mulut kegemaran ramai

Image via @theordinarybaker_ (Instagram)

Kebiasaannya kebanyakan peniaga akan menjual cream puff klasik inti kastard, tetapi The Ordinary Baker menawarkan hampir 14 perisa cream puff yang sedap belaka!

Flavour cream puff yang dijual dikategorikan kepada dua iaitu classic dan premium. Boleh dibeli secara loose ataupun set kotak 9 biji hingga 36 biji.

Di sini kami senaraikan kesemua perisa cream puff yang disediakan oleh The Ordinary Baker.

1. Chocolate, Classic

Image via The Ordinary Baker

Perisa yang wajib ada mestilah coklat! Penuh krim dan tak manis sangat, sesuai dimakan oleh semua.

2. Vanilla, Classic

Image via The Ordinary Baker

Perisa klasik cream puff ini harus dicuba. Makan sekali, pasti nak lagi.

3. Yam, Classic

Image via The Ordinary Baker

Jarang dibuat orang, perisa keladi ini antara cream puff yang must-try. Siapa yang tak pernah tahu macam mana rasa keladi, inilah masanya untuk cuba!

4. Thai Milk Tea, Classic

Image via The Ordinary Baker

Perisa Thai Milk Tea ini confirm sedap! Rasa dia sama seperti minumannya.

5. Pandan, Classic

Image via The Ordinary Baker

Perisa pandan The Ordinary Baker ini memang perfect. Takkan cukup satu!

6. Strawberry, Classic

Image via The Ordinary Baker

Antara perisa kegemaran kebanyakan orang juga iaitu strawberi. Comel je warna merah jambu cair itu!

7. Salted Caramel, Classic

Image via The Ordinary Baker

Tak pernah tak sedap, perisa Salted Caramel ini wajib anda cuba. Jangan beli satu je, beli banyak sikit!

8. Blueberry, Premium

Image via The Ordinary Baker

Anda sukakan blueberry, cream puff ini akan buatkan anda gila bayang. Sedap sangat!

9. Match Green Tea, Premium

Image via The Ordinary Baker

Matcha green tea lovers pasti obses dengan cream puff ini. Rangup di luar dan lembut di dalam, tambah lagi dengan krim matcha green tea, memang enak sekali!

10. Oreo, Premium

Image via The Ordinary Baker

Perisa Oreo ini memang sesuai untuk semua jenis makanan dan minuman. Makan begitu saja pun sedap, dijadikan minuman ataupun ais krim pun sedap. Cream puff pula? Confirm sedap juga!

11. Tiramisu, Premium

Image via The Ordinary Baker

Antara perisa yang rare disediakan oleh The Ordinary Baker. Siapa yang minat Tiramisu bolehlah cuba cream puff ini.

12. Musang King Durian, Premium

Image via The Ordinary Baker

Wah, durian pun ada! Rugi kalau kalian tak try perisa Musang King Durian ini.

13. Biscoff, Premium

Image via The Ordinary Baker

Pencinta Biscoff, silalah cuba cream puff ini. Kalian takkan menyesal!

Cream puff dijual dengan harga yang sangat berpatutan, sesuai dijadikan buah tangan juga

Image via @theordinarybaker_ (Instagram)

Anda boleh membuat pesanan secara online terlebih dahulu melalui laman web The Ordinary Baker atau walk-in sahaja pun boleh. Penghantaran ke rumah turut disediakan dengan caj yang telah ditetapkan.

Alamat:
51-GF, Jalan Setia Perdana BC U13/BC, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (Isnin Tutup), 11 pagi hingga 6 petang

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment