Tayang 'Video Lucah' Di Google Meet, Cikgu Ini Diganggu Pelajar Nakal Semasa Sesi PdPR
Masalah yang sama turut dihadapi oleh guru lain.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) merupakan kaedah baru yang bukan saja memerlukan kreativiti tetapi pendekatannya juga harus lebih menarik
Begitupun, bertugas dengan norma baru PdPR ini, ada guru mendakwa mereka turut berdepan dengan gangguan lucah oleh segelintir 'pelajar nakal'.
Menurut laporan, bagi seorang guru dari sebuah sekolah di Kepong yang mahu dikenali sebagai Cikgu N, mendedahkan dia diganggu dengan tayangan video lucah oleh pelajar ketika sesi PdPR berlangsung.
"Pelajar itu mengganggu proses PdPR yang menggunakan platform Google Meet dengan menyiarkan video lucah.
"Perkara ini dilakukan oleh murid tingkatan satu, mereka berani berbuat demikian kerana mereka belum bersemuka dengan guru," katanya.
Image via The Tribune
Terpaksa menghentikan sesi PdPR apabila berdepan dengan gangguan sebegitu
Walau bagaimanapun, katanya tindakan itu akhirnya akan memberi kesan serta merugikan pelajar lain yang tidak terbabit.
Jelas Cikgu N lagi, bukan dia saja yang berdepan dengan gangguan sebegitu sebaliknya masalah sama turut dihadapi guru lain.
Sebagai rekod, sesi persekolahan 2021 dijalankan mulai 20 Januari lalu secara PdPR ekoran ancaman wabak Covid-19 yang belum reda.
PdPR ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian.
Sementara itu, seorang lagi guru turut mengalami nasib sama seperti Cikgu N iaitu diganggu pelajar dengan video dan gambar lucah ketika PdPR
"Saya terkejut dengan kejadian yang tidak diingini, apatah lagi ketika itu para pelajar ada sekitar 100 orang sedang mengikuti pembelajaran.
"Disebabkan seorang pelajar nakal yang buat hal, habis sesi pembelajaran terpaksa dihentikan," katanya yang enggan namanya didedahkan.
Menurut guru terbabit kejadian itu berlaku pada minggu lalu dan ia sudah dimaklumkan kepada pihak pentadbir sekolah dan pejabat pendidikan daerah.
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment