seismik

Selepas Diarah Tutup Seminggu Akibat Covid-19, Kilang Roti Massimo Kini Kembali Beroperasi

Penutupan kilang itu sebelum ini adalah usaha bagi menghentikan kes Covid-19 daripada terus meningkat.

Cover image via Ali Bj (Facebook) & FMT Malaysia

Berita baik buat peminat roti Massimo, kini anda tidak perlu risau lagi di mana mahu dapatkan stok roti itu kerana kilang mereka akan beroperasi seperti biasa mulai esok, 3 Februari 2021

Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook, Massimo Bread dalam satu kenyataannya memberitahu, mereka bakal membuka semula kilang rotinya di Klang, Selangor.

Difahamkan operasi kilang roti Massimo di Klang itu ditutup sementara waktu sebagai sebahagian langkah pencegahan Covid-19 atas arahan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh rasmi mereka:

Terdahulu, rata-rata pengguna media sosial dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor memberi komen di Facebook Massimo Bread yang mereka tidak dapat mencari roti itu sejak minggu lalu

Gambar sekadar hiasan.

Image via Azmin Ali (Facebook)

Menurut kenyataan Massimo Bread sebelum ini, operasi mereka terjejas sementara kerana perlu mematuhi 'langkah pencegahan' sejajar syarat pihak berkuasa tempatan MPK.

Yang Dipertua MPK, Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dipetik The Star berkata, 37 kilang diarah tutup sementara untuk sanitasi dan pekerja menjalani ujian saringan Covid-19.

Katanya, pegawai kesihatan MPK melakukan pemeriksaan rambang di 104 kilang dan 37 kilang didapati melanggar peraturan pencegahan virus di kawasan kerja dan asrama pekerja.

“Kami terpaksa menutup kilang itu selama seminggu dalam usaha menghentikan kes Covid-19 daripada meningkat. Selain itu, kami mahu kilang tertentu menambah baik keadaan dalam asrama pekerja," ujarnya.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen di Facebook pula mendapati, rata-rata netizen menyambut baik berita pembukaan semula kilang roti itu

Ada yang menyatakan mereka rindu akan roti sandwich dengan germa gandum itu dan gembira mendengar berita mengenainya.

Malah, ada juga yang meminta syarikat itu untuk segera restock roti berkenaan di kedai-kedai runcit dan tidak sabar untuk membeli semula.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di Facebook:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: