seismik

Masih Ada Rakyat Malaysia Yang Berdegil Rentas Daerah, Negeri Tanpa Surat Kebenaran Polis

Ingat anda kena patuhi SOP dan jangan ingkar arahan polis.

Cover image via The Star

Umum sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 telah berkuat kuasa bagi negeri-negeri yang terlibat mulai 13 Januari hingga 18 Februari 2021 sebagai usaha kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19

Begitupun, masih ada berdegil apabila melakukan pergerakan merentas negeri dan daerah ketika PKP tanpa mempunyai surat kebenaran daripada polis.

Menerusi laporan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, ada memberi alasan ingin melawat saudara, rakan dan berjalan menyebabkan mereka bertindak merentas negeri dan daerah.

Image via Arkib NSTP

Selain itu, ada dikompaun kerana kapasiti kenderaan melebihi daripada jumlah dibenarkan

Menurutnya lagi, mereka antara 200 kompaun atas kesalahan ingkar arahan PKP yang dikeluarkan di daerah ini bermula 13 Januari hingga semalam (2 Februari 2021).

"Bagaimanapun kadar kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) di daerah ini berbanding PKP pertama dahulu jauh berbeza kerana mungkin masyarakat sudah faham apabila kes kesalahan berkurangan.

"Kalau PKP Mac tahun lalu 300 ke 400 kes sehari, namun kali ini berkurang kepada 20 kes sahaja sehari," katanya.

Terima 4,200 permohonan rentas negeri dan daerah, kebanyakannya diluluskan kerana mempunyai alasan kukuh

Mohamad Zainal berkata, malah peratusan kadar kepatuhan di daerah ini agak tinggi iaitu 95 peratus dan pihaknya mendapati tiada premis hiburan beroperasi ketika PKP ini.

"Sebanyak 31 pasukan ditugaskan menjalankan pemantauan di kawasan tumpuan bagi memastikan mereka mematuhi SOP," ujarnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Muat turun 'Borang Permit Pergerakan' untuk anda rentas negeri dari PDRM di bawah:

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: