Tayar Lori Hadapan Tercabut Antara Punca Kemalangan Maut Yang Meragut 7 Nyawa & 33 Cedera
Pemandu bas dan seorang penumpang, serta pemandu dan empat penumpang Toyota Estima maut di tempat kejadian.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tujuh maut termasuk kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dalam kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara malam tadi, 23 Disember
Menurut laporan Harian Metro, kemalangan yang berlaku pada jam 8.40 malam itu membabitkan sebuah bas ekspres, lori foton, treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dan Perodua Bezza.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, siasatan awal mendapati sebuah lori dan bas masing-masing dipandu lelaki berusia 31 dan 56 tahun dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan.
Image via Harian Metro
"Kemalangan berlaku apabila bas yang tiba di tempat kejadian terlanggar tayar itu dan hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.
"Semasa terbabas ke lorong bertentangan, bas berlanggar dengan Perodua Bezza hingga kereta itu terbabas ke lorong kiri jalan dan melanggar penghadang jalan.
“Bas itu kemudian bertembung pula dengan sebuah treler dan Toyota Estima dinaiki lapan sekeluarga,” katanya.
Akibat kemalangan itu, pemandu bas dan seorang penumpang serta pemandu dan empat penumpang Toyota Estima maut di tempat kejadian
Difahamkan, mayat semua mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.
"Semua kenderaan yang terbabit ditahan untuk dibawa ke Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) bagi pemeriksaan kenderaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Image via Harian Metro
Setakat ini, lima mangsa maut yang sudah dikenal pasti adalah pemandu bas, Noorisnien Khamid, 56, dari Skudai, Johor; pemandu Estima, Khairul Ikhwan Mazupi, isterinya, Fadzlenna Ramli, 32; bapa mentua, Ramli Ab Wahab, 66, dan anak bongsunya, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2.
Manakala, seorang penumpang bas dan dua penumpang Estima yang maut masih belum dikenal pasti identiti.
Dua lagi penumpang Estima, iaitu Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan dan adiknya, Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan berusia tujuh dan empat tahun cedera dan masing-masing dirawat di Zon Merah dan Zon Kuning Hospital Melaka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment