Telinga Anak Lebam, Pengasuh Bagi Alasan Tercubit Masa First Day Period Ini Dikecam Ramai
Tak berhati perut betul.
Bagi ibu bapa yang bekerja, menghantar anak ke tempat pengasuh merupakan rutin harian mereka
Ibu bapa juga tidak sampai hati untuk menyerahkan tugas menjaga anak kepada orang lain, namun mereka tetap perlu menghantar anak kepada pengasuh demi mencari rezeki untuk keluarga.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook yang memaparkan seorang ibu luluh hatinya apabila mendapati anaknya didera dengan pengasuh telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pipi merah dan telinga lebam, pengasuh bagi alasan tercubit
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ibu memuat naik gambar anaknya di akaun Facebook.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila telinga dan pipi anaknya itu kelihatan lebam. Apabila dibawa ke hospital, doktor mengesahkan anaknya itu telah didera. Luluh hati seorang ibu melihat anaknya menangis kesakitan.
Lebih menakutkan lagi adalah apabila pengasuh jujur dan memberitahu bahawa dia tidak sengaja tercubit masa first day period. Apabila wanita itu meminta gambar, pengasuhnya akan menutup telinga bayi itu dengan tuala.
Image via Atika Aziz (Facebook)
Image via Atika Aziz (Facebook)
Image via Atika Aziz (Facebook)
Image via Atika Aziz (Facebook)
“Ya Allah, kejamnya manusia. Ambil tindakan segera, bantu ibu lain agar tidak terkena juga. Semoga anak sis terus diberi kesihatan yang sempurna ya” - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 5K tanda suka, 4.9K komen dan 12K kongsi di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Image via Atika Aziz (Facebook)
Image via Atika Aziz (Facebook)
Image via Atika Aziz (Facebook)
Image via Atika Aziz (Facebook)
Semoga adik ini diberikan kesembuhan dan pengasuh yang kejam ini dikenakan tindakan secepat mungkin!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment