"Temerlove" - Wanita Amsterdam Cakap Bahasa Melayu, Siap Luah Rindu Nak Makan Ikan Patin
Sedapnya ikan patin.
Banyak sekarang kita boleh lihat kemasukan pelancong ke negara kita
Ia adalah sangat bagus kerana boleh membaik pulih ekonomi pelancongan negara. Malah, ramai juga yang memilih Malaysia sebagai destinasi Asia percutian mereka.
Sehingga ada yang fasih bercakap dalam bahasa Melayu dan sukakan makanan di Malaysia. Katanya sangat sedap.
Sama seperti video di Twitter menunjukkan seorang wanita warga Amsterdam fasih bercakap Melayu dan merindui makanan di Malaysia telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Luah rindu nak makan ikan patin dekat Temerloh
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu merakam momen ketika dia bertemu dengan seorang wanita yang berasal dari Amsterdam.
Difahamkan, video itu diambil oleh orang Malaysia yang melancong ke Amsterdam dan wanita itu menegur mereka.
Malah, dia juga siap meluahkan rindu ke Temerloh untuk memakan ikan patin. Ia adalah salah satu makanan kegemarannya.
Ada juga beberapa makanan Malaysia yang dirinduinya seperti nasi lemak dan roti canai.
Image via @fzzzan (Twitter)
"Makanan Malaysia tip top orang asing termimpi-mimpi" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 199.5K views, 449 retweets dan 1,330 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Orang luar pun suka dekat ikan patin ya! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment