seismik

Ramai Bengang Dengan Ibu Bapa Ini, Biarkan Anak Menjerit Dalam Restoran Hampir Sejam

Ada anak tu kenalah bertanggungjawab.

Cover image via @papayen91 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anak adalah amanah dan tanggungjawab buat ibu bapa

Oleh sebab itu, didikan dan kasih sayang harus dicurahkan pada mereka agar menjadi insan yang berguna kelak nanti.

Bagi ibu bapa yang masih mempunyai anak kecil, tentu banyak sekali cabaran yang akan hadapi. Namun, itulah perkara yang akan dilalui oleh setiap ibu bapa.

Tambahan lagi di tempat awam, ibu bapa harus peka dengan sekeliling juga agar anak 'tidak buat hal'.

Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang individu meluahkan rasa bengangnya kerana seorang budak dibiarkan menjerit oleh ibu bapanya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@papayen91

Kalau korang, korang buat apa? Kids will always be kids, parents tolonglah jaga, ni tak, sambung borak dah kenapa? Nak gain apa? Hatred? Oh ya, budak tu BUKAN AUTISM/DOWN SYNDROME, take note on that

original sound - PAPAYEN

Ibu bapa buat tak tahu anak menjerit dalam kedai makan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu semasa itu sedang berada di sebuah restoran tertutup.

Namun, apa yang membuatkan dia bengang adalah ketika dia berada di situ, kedengaran suara menjerit seorang budak yang sangat bingit.

Malah, difahamkan si ibu bapa hanya membiarkan anak mereka sahaja melakukan demikian walaupun hampir sejam.

"Sejam anak awak menjerit memekik, sekali pun tak ditegur. Kitorang semua tak nak dengar anak awak menjerit dengan pitch tinggi," tulisnya.

"Biar viral sampai dia tengok. Tak ada common sense langsung" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam ibu bapa tersebut dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 808.4K views, 22.5K likes dan 4,388 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Bukan sekejap lama pula tu anak dia menjerit :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: