Buka Kedai Seringgit, Kakak Penuhi Impian Adik Autisme Mahu Berniaga Ini Raih Pujian
Semoga sukses dik!
Penyakit Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat
Ini bermakna autisme memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti anak biasa.
Mereka ini adalah insan yang terpilih dan oleh sebab itu kita perlu lebih menjaga dan melayan mereka ini.
Baru-baru ini, tular apabila seorang wanita berkongsi impian adiknya yang Autisme untuk memulakan perniagaan telah mencuri perhatian ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Penuhi impian adik nak belajar berniaga
Menerusi ciapan tersebut, dapat dilihat kasih sayang seorang kakak yang bernama Saiyidatul Syahirah Jasney terhadap adiknya, Saiyidah Fatimah Nabihah cukup mendalam kerana tidak hanya menjaga amanah arwah ibu untuk menjaga darah dagingnya itu.
Malah, wanita berkenaan telah memberi peluang kepada adik istimewanya untuk berdikari dengan membuka premis jualan makanan ringan diberi nama Kedai Seringgit. Ia sudah mula beroperasi sejak 10 Jun lalu.
Difahamkan, idea itu tercetus selepas melihat adik bongsunya, seorang autisme, obses dengan gajet ketika mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Nama Kedai Seringgit itu diberi kerana adik autisme, cepat keliru dan mudah lupa. Jadi, saya letak nama mudah ingat bersesuaian dengan barangan jualan yang semuanya dijual pada harga RM1 saja," katanya kepada sumber.
"Subahanallah. Inisiatif yang sangat bagus" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakan wanita tersebut terhadap adiknya.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 285 likes, 32 comments dan 87 shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!