Tempat 'Healing' Di Pantai Pasir Lanun Kini Jadi Sesak & Orang Ramai Yang Mahu Bergambar
Patutlah ramai yang datang ke sini.
Tular sebuah pantai Pasir Lanun yang terletak kira-kira 35 kilometer dari pekan Mersing semakin menjadi tarikan pengunjung berikutan panorama indah dan suasananya yang mendamaikan
Orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar berlatarbelakangkan pemandangan alam semula jadi, meskipun terpaksa melalui lereng yang curam dan sempit serta hanya muat untuk sebuah kereta.
Begitupun, terdapat sebuah video yang dimuat naik memperlihatkan keadaan lokasi viral itu yang mana dipenuhi orang ramai sehingga mengalami kesesakan baru-baru ini.
Tonton video itu di bawah:
Orang ramai memenuhi ruangan bahu jalan hanya kerana mahu mengambil gambar
Menerusi video yang dimuat naik itu, kelihatan kereta dan motosikal bertali-arus untuk masuk dan keluar daripada lokasi berkenaan.
Sementara itu, orang ramai juga memenuhi ruangan bahu jalan hanya kerana mahu mengambil gambar dengan berlatar belakangkan keindahan alam di lokasi itu.
Jalan menjadi sesak apabila terlalu banyak kereta yang berada di tempat viral tersebut dalam satu-satu masa di samping ada yang sanggup menghentikan kereta di bahu jalan yang kecil itu.
Image via @lolaestrellaaaa (TikTok)
Image via @lolaestrellaaaa (TikTok)
"Jammed... tak jadi ambil gambar... dapat plak pakcik takut kereta calar kat depan... setahun kat atas" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah pun meraih lebih 560.9K views, 7,598 likes dan 342 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komentar, ramai yang berpendapat lokasi ini menjadi sesak sebaik ia mula viral di media sosial sebagai tempat healing atau fotografi yang cantik.
Sebahagian pengunjung yang biasa ke lokasi tersebut juga mengatakan kini sudah tidak seronok untuk melawat tempat tersebut dek kerana padat dengan orang ramai.
Berikut di bawah antara komen menarik netizen di TikTok:
Image via @lolaestrellaaaa (TikTok)
Image via @lolaestrellaaaa (TikTok)
Image via @lolaestrellaaaa (TikTok)
Sebagai rekod, pantai Pasir Lanun dikatakan juga mendapat nama daripada kisah lanun-lanun yang merompak kapal dagang di Laut China Selatan dan menyembunyikan harta rompakan di sebuah gua di pantai itu malah dipercayai sehingga kini ia masih ada tetapi tiada yang berani meneroka kerana sebahagiannya telah tertimbus.
Justeru, terdapat kebimbangan dari aspek keselamatan susulan jumlah pengunjung yang semakin ramai, biarpun dilihat terdapat beberapa papan tanda amaran telah diletakkan di sekitar kawasan tersebut.
Apa-apa pun, kalau bergambar nanti jangan lupa utamakan keselamatan korang juga ya!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment