seismik

Tular Wanita Bukan Islam Dikompaun Sebab Pakai Seluar Pendek Di Kelantan, Ini Jawapan MPKB

Difahamkan, kejadian terbabit berlaku sekitar jam 11 pagi pada 25 Jun lalu di premis yang terletak di Jalan Merbau, Kota Bharu.

Cover image via Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, golongan wanita di Kelantan tidak dibenarkan untuk mengenakan pakaian seksi yang mendedahkan aurat di mana peraturan sama juga dikenakan buat kaum lelaki

Di bawah Seksyen 34 Undang-undang Kecil Perniagaan dan Perdagangan Perindustrian 2019, pemilik perniagaan beragama Islam dan bukan Islam perlu memastikan mereka berpakaian sopan semasa bekerja.

Begitupun, baru-baru ini pada 25 Jun lalu, tular seorang wanita bukan beragama Islam telah didenda oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) gara-gara tindakannya memakai seluar pendek pada paras lutut yang dianggap tidak senonoh.

Berdasarkan notis denda yang dikeluarkan, wanita berkenaan didapati melakukan kesalahan di bawah 34(2)(b) Undang-undang Kecil Perniagaan dan Perdagangan Perindustrian MPKB 2019.

MPKB tampil beri penjelasan dan kenyataan rasmi berkenaan isu yang tular

Menurut laporan Harian Metro, wanita berusia 35 tahun yang menjalankan perniagaan pakaian itu dikenakan kompaun ketika pemeriksaan penguat kuasa.

Yang Dipertua MPKB Rosnazli Amin berkata, pegawainya melakukan pemeriksaan di premis terletak di Jalan Merbau itu pada 11 pagi.

"Peniaga bukan Muslim itu memakai seluar pendek di tempat awam dan kerana itu dikompaun," katanya.

Tindakan dibuat bawah Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1985, dengan undang-undang berkaitan pemakaian sopan sudah lama diguna pakai terhadap penduduk Kelantan termasuk bukan Islam.

Difahamkan, wanita itu mempunyai masa tujuh hari daripada tarikh notis dikeluarkan untuk menjelaskan denda, jika enggan dikenakan tindakan lanjut.

Kejadian itu tular di media sosial selepas ahli keluarga wanita berkenaan memuat naik notis kompaun dan turut menimbulkan perdebatan warganet.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: