Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Tengah Syok Piknik, Gadis Ini Gelabah Simpan Makanan Gara-Gara Didatangi Angsa

Piknik terus jadi panik!

Cover image via @capricorngirls98_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aktiviti outdoor sudah menjadi kegemaran ramai sejak kebelakangan ini

Dapat meluangkan masa bersama rakan dan keluarga tersayang sudah pasti perkara yang menyeronokkan. Banyak aktviti boleh dilakukan seperti piknik, hiking, mandi air terjun dan sebagainya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis telah didatangi angsa semasa berpiknik telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Gelabah kemas makanan sebaik saja rombongan angsa datang

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang berpiknik dengan rakannya di sebuah taman. 

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia dilihat gelabah membungkus makanan yang telah dibentangkan di atas tikar sebaik saja didatangi beberapa ekor angsa. 

Perkara itu membuatkan dirinya terdiam membungkus makanan menggunakan kain piknik supaya tidak diserang angsa. 

Lihat video sambungan penuh itu di bawah: 

"Kalau aku dah nangis dah" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi gadis itu. Malah, ramai yang berkongsi pendapat apabila berdepan dengan masalah sama.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 456K tontonan, 15K tanda suka dan 116 komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @capricorngirls98_ (TikTok)

Image via @capricorngirls98_ (TikTok)

Image via @capricorngirls98_ (TikTok)

Image via @capricorngirls98_ (TikTok)

Aduhai, boleh pulak time ni angsa nak melawat kawasan! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment