Tengah Tunggu Giliran Di Klinik, Rambut Lelaki Bentuk Love Ini Jadi Perhatian Ramai
Tak baik yang cakap Upin Ipin kuasa dua tu, haha.
Bukan orang perempuan saja, orang lelaki juga suka menukar gaya rambut mengikut cita rasa masing-masing
Ada yang gemar membuat rambut pacak, ada yang suka berambut afro. Malah, ada yang lebih selesa untuk botak saja kerana senang dan tidak perlu menjaga dengan rapi.
Namun, berbeza pula dengan sebuah video yang tular baru-baru ini apabila rambut seorang lelaki berbentuk simbol love telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tengah tunggu giliran di klinik, sekali ternampak lelaki rambut rare di depan
Menerusi perkongsian video daripada @nrrzmn_, kelihatan si perakam sedang berada di sebuah klinik sambil menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila seorang lelaki yang kebetulan turut menunggu giliran di depannya dilihat berambut unik.
Rambutnya ditocang menjadi simbol love dan botak di sekelilingnya. Situasi itu membuatkan ramai terhibur.
Image via @nrrzmn_ (TikTok)
"Sweetnya abang ni semua orang dia bagi love walaupun tengah sakit" - Netizen
Ikutan tularnya video itu, kini ia telah meraih 965K tontonan, 161K tanda suka serta 55.3K perkongsian di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka mengenai fesyen rambut lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @nrrzmn_ (TikTok)
Image via @nrrzmn_ (TikTok)
Image via @nrrzmn_ (TikTok)
Lain macam dia punya fesyen rambut tu, tapi unik lah :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment