seismik

[VIDEO] Kakak Tolong Make Up Siap Pakaikan Tudung, Ramai Terhibur Tengok Reaksi Lelaki Ini

Sekali pandang tak perasan pun dia lelaki.

Cover image via @nuraa_isml (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai berpendapat bahawa jika seseorang lelaki itu tampan orangnya, dia juga akan kelihatan cantik jika memakai pakaian wanita atau bersolek

Jadi lelaki hensem, jadi perempuan pun cantik. Macam itulah lebih kurang ayat yang sering kita dengar oleh orang.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang lelaki tersipu malu disolek oleh kakaknya telah mengundang tawa ramai.

Lihat video itu di bawah:

@nuraa_isml

Dah tak boleh buat comeback dah

original sound - Nuraaisml - Nuraaisml

Mula-mula nampak macam perempuan, sekali terkeluar suara jantan

Menerusi video yang dikongsi oleh @nuraa_isml, kelihatan lelaki itu pasrah apabila wajahnya disolek oleh kakaknya itu.

Kakaknya menunjukkan gambar sebelum dan selepas disolek. Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila wajahnya yang ayu persis kelihatan seperti wanita Melayu terakhir.

Namun, dia yang tidak dapat mengawal ayu terus menampar kakaknya itu dan tergelak sekali.

"Look dia nice sangat and senyuman pun menawan uols, sekali dia tampar terus tak ayu dah" - Netizen

Ikutan tularnya video itu, kini ia telah meraih sebanyak 480.5K tontonan, 17.9K tanda suka serta 3.4K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu yang terpaksa menadah mukanya supaya solekan itu menjadi.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ini mesti terpaksa jadi model tudung kakak dia kan? Tak payah bayar :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: