Netizen Berbalah Lepas Gerai Ini Caj Pelanggan RM1,260 Untuk Makan Malam Di Medan Selera
Resit yang kebanyakannya tidak boleh dibaca menunjukkan empat hidangan nasi putih berharga RM40.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) Johor sedang menyiasat sebuah gerai medan selera di Johor Bahru selepas seorang pelanggan mengadu dikenakan bayaran RM1,260 untuk makan malam bersama keluarganya baru-baru ini
Menerusi sebuah posting di Facebook yang dimuat naik oleh pengguna bernama Ekin Cahaya, wanita itu menyatakan rasa tidak puas hati terhadap bil RM1,260 selepas makan di restoran makanan laut itu.
"Siapa orang JB kat sini? Nak tanya sikit la kat Medan Selera Tepian Tebrau ni memang harga dia macam ni ke? Korang pernah kena tak? Ni gerai No 14. Paling best resit dia baca 100x pun tak faham, macam tulisan doktor ek!," tulisnya.
Lihat posting penuh di bawah:
Pesan 12 jenis makanan, tapi kebanyakan tulisan dalam resit tidak boleh dibaca
Merujuk kepada resit dikongsi olehnya yang bertarikh 30 September, ia menunjukkan bahawa dia dan keluarganya telah memesan 12 hidangan. Namun, tulisan dalam resit itu langsung tidak dapat dibaca. Harga hidangan tersebut pula berbeza harga dari RM30 hingga RM224.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sehingga 94K views di Facebook
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen berbalah mengenai harga makanan di restoran itu yang dikatakan terlalu mahal dan tidak masuk akal.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!