seismik

Tahukah Anda? Kalau Biar Pinggan Kotor Dalam Singki Boleh Jadi Punca Sihir. Hati-Hati!

Wallahualam.

Cover image via zukidin.com & Majoriti

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, dalam kesibukan bekerja, pastinya kadang-kala kita akan terlepas pandang untuk mengemas rumah yang bersepah

Sampaikan pinggan mangkuk pun ada kalanya kita terlupa untuk mencuci. Namun begitu, jangan biasakan hal ini kerana ia boleh menjadi punca kepada gangguan sihir di rumah.

Perkongsian ini diceritakan sendiri oleh Ustaz Ariffin Ayob menerusi laman TikTok.

Lihat video itu di bawah:

Buang sisa makanan dan basuh pinggan sebelum masuk tidur

Menerusi rakaman ceramah pengamal perubatan Islam, Ustaz Ariffin Ayob yang dikongsikan di akaun TikTok @mrzahidzulkafli, beliau menasihatkan agar para isteri membersihkan sisa makanan dan mencuci pinggan mangkuk di dalam singki.

Hal ini kerana ia boleh menjadi punca kepada sihir dan gangguan dalam rumah. Namun, sekiranya isteri-isteri yang bekerja tidak sempat untuk melaksanakan kerja rumah, beliau berkongsi beberapa petua yang boleh diikuti.

Image via zukidin.com

"Pinggan mangkuk, periuk belanga, kuali, benda-benda bekas makan yang ada dalam singki, kalau tak sempat basuh malam, tolong buang sisa itu. Selepas buang, lingkupkan pinggan mangkuk tersebut jangan dibiarkan ternganga bagi mengelak punca-punca sihir yang berlaku di dalam rumah melalui bekas pinggan mangkuk yang kita gunakan untuk makan," katanya.

Kalau boleh, lepas makan seeloknya terus cuci pinggan mangkuk supaya kita tak terbiasa biarkan dalam singki lama-lama.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: