seismik

Tular Dengan Parodi 'Gwenchana' Di TikTok, Pemuda Indonesia Ini Dikatakan Mirip Imran Bard

"Ini bukan gwenchana, ini bencana" - Netizen.

Cover image via

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja generasi muda sekarang yang tidak mengenali Imran Bard yang popular di TikTok bukan?

Baru-baru ini, tular mengenai lakonannya yang membawa watak sedih dan dialog terkenal dalam sebuah K-drama bertajuk Waikiki telah mendapat perhatian ramai di media sosial.

Namun, lain pula dengan video yang viral ini apabila seorang pemuda di Indonesia mirip Imran Bard telah mencuri tumpuan warganet.

Lihat video itu di bawah:

Muka macam Imran Bard, tapi ramai pula yang tak faham lawak si perakam

Menerusi video yang dimuat naik oleh @olaasaurus, kelihatan semasa itu pelajar di sekolah berkenaan sedang beratur untuk perhimpunan.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila seorang pemuda tinggi lampai memusingkan wajahnya ke arah kamera dan dikatakan mirip Imran Bard.

Namun, kapsyen di perakam pula membuatkan ramai keliru dan memikirkan dia berkata bahawa itu Imran Bard yang sebenar.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah sehingga 7.6M views, 697.5K likes dan 10.8K shares di TikTok

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memberikan reaksi masing-masing mengenai wajah pemuda itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Sama ke tak guys? *Admin rasa sekali pandang tu adalah sikit :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: