"Tercium Lantai" - Akibat Lama Tak Jumpa, Pasangan Ini Teruja Sampai Jatuh Bila Nak Peluk
Mesti sakit tu!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasangan yang mempunyai hubungan jarak jauh pasti akan merasa rindu bila lama tidak berjumpa
Oleh sebab itu, mereka akan sentiasa menghargai masa yang diluangkan bersama. Disebabkan itu juga, pasangan jarak jauh akan terasa teruja apabila dapat jumpa masing-masing.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila pasangan ini teruja sampai jatuh ke lantai di negara seberang mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Jatuh sampai muka tersembam atas lantai sebab excited sangat
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang memandu ke lapangan terbang bersama rakannya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila gadis itu dilihat sangat teruja apabila jumpa teman lelakinya. Dia dilihat turun daripada kereta terus berlari kearah teman lelakinya.
Sebaik saja dia ingin memeluk teman lelakinya, dia dilihat terbabas sehingga jatuh tersungkur atas lantai. Situasi itu menimbulkan menimbulkan cemas dan panik orang ramai yang berada di situ.
Image via @tri_wahyuni96 (TikTok)
Image via @tri_wahyuni96 (TikTok)
"The real dihempaskan rindu yang menggebu" - Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat mereka. Malah, ada yang sempat menyakat pasangan itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih lebih 27M tontonan, 2M tanda suka dan 107K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @tri_wahyuni96 (TikTok)
Image via @tri_wahyuni96 (TikTok)
Image via @tri_wahyuni96 (TikTok)
Image via @tri_wahyuni96 (TikTok)
Image via @tri_wahyuni96 (TikTok)
Hm, malu ya kalau jatuh macam tu. Mesti kepala dia benjol! :(
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment