"Terima Kasih" - Wanita Luah Perasaan Dekat Anak Sulungnya Buat Ramai Berlinang Air Mata
Sebagai anak sulung, kami sangat memahami.
Sebagai anak sulung, tidak dinafikan banyak pengorbanan dan toleransi yang dilakukan untuk keluarga dan adik-adik
Namun, ucapan terima kasih daripada ibu bapa jarang didengarkan. Perkara ini dapat dikaitkan kerana budaya Asian parents memang lain.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang wanita meluahkan perasaan dan tanda terima kasih kepada anak sulungnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Saja ajak ikut trend TikTok, rupa-rupanya ada plot twist
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang merakam ibu dan adiknya mengikuti trend TikTok.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si ibu menetapkan kameranya ke arah belakang supaya reaksi anak sulungnya itu dirakam. Pada awalnya, anak sulungnya itu dilihat seperti menggelengkan kepala apabila melihat ibu dan adiknya.
Namun, rupa-rupanya ada plot twist, si ibu pantas mendekatinya dan meluahkan perasaan dan terima kasih yang membuatkan dirinya sebak dan menangis.
"Kak, terima kasih sebab jadi anak ibu yang paling baik. Ibu sayang kakak dunia akhirat. Terima kasih sebab selalu sabar dengan ibu dan adik, selalu jaga adik. Akak sedih ke? I love you kakak", kata ibunya.
Image via @nadmasrom (Twitter)
"Ayat yang paling bermakna kak, ini je sebenarnya yang anak sulung nak dengar" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 359K views, 261 quote tweets dan 3K likes di Twitter, rata-rata netizen turut sebak melihat mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Sebak pula tengok video tu, semoga tetap tabah kepada semua anak sulung di luar sana! <3
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment