Fasih Berbahasa Mandarin, Pegawai SPR Tolong Aunty Cina Masa Pilihan Raya Raih Pujian
Pandainya dia.
Dapat berbahasa asing sudah tentu satu perkara yang patut dibanggakan
Iyalah, bukan mudah untuk belajar menguasi satu bahasa tertentu. Tambahan lagi, bahasa itu bukan bahasa ibunda kita.
Sebagai anak Malaysia, kita sering dengar orang fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. Kita juga akan teruja apabila ramai kaum lain mempelajari bahasa asing.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pegawai SPR fasih berbahasa Mandarin telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Beri penerangan kepada aunty Cina dalam bahasa Mandarin
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sedang memaparkan situasi pilihan raya umum di pusat mengundi.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang pegawai SPR wanita dilihat fasih berbahasa Mandarin. Dia dilihat membantu seorang aunty Cina dengan memberi penerangan tentang keberadaan bilik saluran.
"Kadang-kadang saya rasa cemburu dengan sesiapa je yang mampu berbahasa Mandarin. Saya nak belajar Arab pun terkial-kial apatah lagi Mandarin. Cuma boleh kuasai BM dengan BI sikit" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 940K tontonan, 66K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji kefasihan wanita itu berbahasa asing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!