Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Teringin Nak Makan Brownies?"- Cuba Resepi Dalam Cawan Guna Microwave Ini

Sekejap je dah siap!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Brownies merupakan manisan coklat berasal dari Amerika Syarikat dan ia sudah menjadi kegemaran masyarakat tempatan

Rasanya yang penuh dengan coklat, lembut dan cair di dalam mulut buat ramai orang addicted. Makan sekali pasti nak lagi!

Namun, nak membuat brownies ini agak leceh kerena memerlukan ketuhar untuk membakarnya dan ia juga mengambil masa yang lama.

Oleh itu, kami kongsikan satu resepi mudah di mana anda boleh membuat brownies di dalam cawan dengan menggunakan microwave sahaja. Jom ikuti perkongsian resepi oleh @bangman30 ini.

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum
  • Serbuk koko
  • Gula pasir
  • Garam
  • Serbuk penaik
  • Esen vanila
  • Butter
  • Susu segar
  • Chocolate chip

Cara penyediaan:

1. Pertama sekali, sediakan satu cawan yang sesuai digunakan dalam microwave. Kemudian, letakkan tiga sudu tepung gandum dan dua sudu serbuk koko. Kalau tak ada serbuk koko, anda boleh gantikan dengan serbuk Milo.

Image via @bangman30 (TikTok)

2. Lalu masukkan pula dua sudu gula pasir, secubit garam dan juga 1/4 sudu serbuk penaik ke dalam cawan yang sama.

Image via @bangman30 (TikTok)

3. Kemudian, gaul semua bahan kering yang dimasukkan ke dalam cawan tadi hingga sebati.

Image via @bangman30 (TikTok)

4. Langkah seterusnya, letakkan setengah sudu esen vanila dan tiga sudu butter yang sudah dicairkan ke dalam cawan yang sama.

Image via @bangman30 (TikTok)

5. Selepas itu, tuangkan susu segar sebanyak 1/4 cawan tersebut. Kemudian, kacau semua bahan hingga sebati.

Image via @bangman30 (TikTok)

6. Seterusnya, masukkan sedikit chocolate chip dan gaul sehingga mendapat tekstur yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Just nice!

Image via @bangman30 (TikTok)

7. Anda juga boleh letakkan topping mengikut cita rasa anda. Kalau tak mahu topping pun masih sedap.

Image via @bangman30 (TikTok)

8. Masukkan cawan tadi ke dalam microwave dan panaskan selama 1 minit. Sekejap je.

Image via @bangman30 (TikTok)

9. Dah siap! Anda sudah boleh nikmati brownies dalam cawan yang dibuat tadi. Rasanya memang sedap!

Image via @bangman30 (TikTok)

Kredit resepi: @bangman30 (TikTok)

Kalau craving brownies waktu malam, bolehlah cuba resepi ni. Mudah je!

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment