“Anak Angkat” - Kakak Sengaja Menyakat, Adik Tak Pasal-Pasal Merajuk Ini Undang Tawa
Sampai hati kakak.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bergurau senda dengan adik-beradik mampu mengeratkan lagi hubungan
Namun begitu, dalam setiap gurau senda itu pasti ada yang membuat adik-beradik terasa hati tanpa sedar.
Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini, berkenaan seorang kakak menyakat adiknya telah meraih perhatian umum.
Lihat video penuh itu di bawah:
Adik sedih sampai menangis apabila dikatakan anak angkat oleh kakaknya
Menerusi video yang dimuat naik oleh @zt_ny di TikTok, kelihatan seorang budak lelaki sedang terduduk di atas lantai sambil menangis.
Menurut pemilik video yang merupakan ibu kepada budak lelaki itu, dia menangis akibat disakat oleh kakaknya yang telah memberitahu bahawa dia merupakan seorang anak angkat. Satu kerja pula si ayah perlu memujuk.
“Memang biasa adik dikata anak angkat. Kami kecil dulu pun suka menyakat adik bongsu kami kata dia anak angkat” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 118.5K tontonan, 10.4K tanda suka dan 645 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi budak kecil itu.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama pernah disakat oleh adik-beradik mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!