seismik

“Ingatkan Besar” - Bila Mak First Time Beli Barang Online, Lain Pula Yang Sampai

Aduhai, besar tapak tangan je.

Cover image via @exitliew (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Membeli barang secara online sememangnya mudah dan menjimatkan masa serta tenaga

Hal ini kerana kita tidak perlu keluar ke kedai untuk membeli barang. Malah, kadangkala barang yang dijual online juga jauh lebih murah.

Lain pula berlaku dalam satu video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang lelaki menunjukkan barang yang dibeli oleh maknya secara dalam talian buat pertama kali telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Si mak ingatkan besar, rupa-rupanya kecil sahaja barangnya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @exitliew di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang merakam barang yang dibeli maknya secara online.

Namun, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila barang yang ditunjukkan itu bersaiz kecil, bukan untuk kegunaan manusia. Menurutnya, maknya telah membeli set kerusi dan meja itu disebabkan harganya murah.

“Macam mana agaknya reaction mak masa mula-mula terima barang tu” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 226.4K views, 15.1K likes dan 905 comments di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak tahu nak gelak ke nak kesian. Abang tu better belikan mak dia set kerusi meja yang betul! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: