seismik

[VIDEO] “Terus Lena” - Cara Si Ibu Tidurkan Anak Kecil Ini Tarik Perhatian Ramai

Comelnya dia!

Cover image via @c_ellieya (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kanak-kanak memerlukan tidur yang mencukupi supaya mereka lebih cergas pada keesokan hari

Namun begitu, kebanyakan ibu bapa atau penjaga gemar jika anak mereka senang tidur agar mereka boleh melakukan kerja tanpa perlu risau tentang si kecil.

Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini, berkenaan seorang budak perempuan ditidurkan oleh ibunya di pasar raya telah mendapat perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

@c_ellieya

Sejuknya di tempat ni bestie.... rugi la kalau nda tidur.. #pageforyou #fyp

original sound - ℤ - ℤ

Suhu sejuk ditambah lagi sentuhan lembut si ibu, akhirnya tertidur juga

Menerusi video yang dimuat naik oleh @c_ellieya di TikTok, kelihatan seorang budak perempuan sedang berada di bahagian makanan sejuk di pasar raya sambil didukung ibunya.

Apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila budak perempuan itu dilihat melawan mengantuknya sewaktu si ibu cuba menidurkannya. Namun, akhirnya dia tertidur juga.

“Weyhh senangnya dia tidur haha. Kalau anak aku ermm bertuah sangat lah nak mudah macam ni” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.2M views, 109.9K likes dan 823 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak kecil itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, senang betul adik ini tidur ya, macam magik pula :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: