seismik

“Terkejut” - Muka Keluar Dekat Skrin, Reaksi Pengantin Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Boleh pula dia terkejut ya.

Cover image via @azizazahari (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Di majlis perkahwinan, pasti semua orang ternanti-nanti mahu saksikan raja sehari di jenjang pelamin

Zaman sekarang, tak perlu lagi tetamu nak berkerumun semata-mata nak lihat pengantin. Boleh tengok dekat skrin je!

Tular satu video baru-baru ini, berkenaan seorang pengantin lelaki terkejut melihat wajahnya di skrin besar pada majlis perkahwinannya telah mendapat perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah khusyuk berdoa, terkejut pula tengok muka sendiri dekat skrin

Menerusi video yang dimuat naik oleh @azizazahari di TikTok, kelihatan pasangan pengantin sedang mengaminkan doa di pelamin.

Apa yang menghiburkan hati netizen adalah apabila pengantin lelaki tiba-tiba terkejut setelah melihat mukanya di skrin besar. Sudah pasti tetamu turut nampak reaksi terkejutnya itu!

“Kesian pula yang tengah lead bacaan doa tu ingat orang gelakkan dia sebab tersasul. Kebetulan dia tersasul masa pengantin terkejut” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi terkejut pengantin lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 502.7K tontonan, 45.3K tanda suka dan 613 komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dia punya majlis, dia pula yang terkejut :)

Image via Giphy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: