seismik

“Terlalu Mengantuk” - Aksi Budak Perempuan Tidur Atas Meja Kedai Makan Ini Curi Tumpuan

Tidurlah mana awak selesa, dik.

Cover image via @afifpauzi97 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kehidupan sebagai kanak-kanak sememangnya seronok dan sangat dirindui

Mana tidaknya, hari-hari mereka dipenuhi dengan aktiviti belajar, bermain, makan dan tidur sahaja. Tak ada masalah dan tak stres!

Tular satu video baru-baru ini berkenaan seorang budak perempuan tidur di atas meja kedai makan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@afifpauzi97

Mengantuk betul anak tauke kedai ni

bunyi asal - Afifpauzi - Afifpauzi

Letih sangat sampai tidur atas meja kedai makan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @afifpauzi97 di TikTok, kelihatan seorang budak perempuan sedang berbaring di atas meja sebuah kedai makan yang tidak dikenal pasti.

Apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila budak perempuan itu dilihat begitu santai baring di atas meja tersebut sambil menggunakan alas meja sebagai selimut.

Di ruangan kapsyen, pemilik video sempat menulis “Mengantuk betul anak tauke kedai ni”.

“Pakcik sebelah tu punya terkejut sampai dua kali pandang” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 279.9K views, 36.8K likes dan 384 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak kecil itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tidur atas meja pun bolehlah dik. Nasib baik comel!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: