seismik

Belasah Warga Emas Di Tengah Jalan Raya, Suspek Telah Ditahan Polis

Keganasan bukan satu penyelesaian.

Cover image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memandu di jalan raya memang memerlukan sikap tolak ansur antara satu sama lain serta kesabaran

Jika kita terlibat dalam kemalangan ataupun salah faham, usahlah kita menggunakan kekerasan kerana ia tidak dapat membantu menyelesaikan masalah. 

Tular di sosial media baru-baru ini berkenaan seorang penunggang motosikal membelasah seorang warga emas di tengah jalan raya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Masalah boleh diselesaikan dengan berbincang secara baik tetapi keganasan dipilihnya

Kejadian dipercayai berlaku di sekitar Padang Jawa, Shah Alam dan video tersebut memaparkan warga emas berusia 61 tahun itu ditumbuk bertubi-tubi oleh penunggang motosikal tersebut.

Pada awalnya terdapat sedikit salah faham antara mereka, namun begitu penunggang motosikal tersebut telah memilih untuk menggunakan keganasan terhadap warga emas itu.

Ekoran kejadian itu, penunggang motosikal itu turut dipukul oleh penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Lihat video penuh itu di bawah:

Suspek telah berjaya ditahan oleh pihak polis semalam untuk siasatan lanjut

Berdasarkan kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, warga emas tersebut telah membuat laporan dan mengesahkan bahawa dia mengalami bengkak di bahagian bawah mata dan kepada serta sakit di bahagian rusuk.

Suspek telahpun ditahan semalam dan akan direman pada hari ini, 23 Mei 2022. Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: