[VIDEO] “Kecut Perut” - Tetamu Datang Nak Beraya Rumah, Si Anak Boleh Show Off Ular Pula
Lepas ni memang serik nak beraya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Aktiviti kunjung-mengunjung di Hari Raya Aidilfitri sudah menjadi adat masyarakat di Malaysia
Hal ini kerana ia dapat mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain. Disebabkan sudah dua tahun kita tidak dapat beraya, tahun ini kenalah ziarah saudara-mara dan sahabat handai.
Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini, berkenaan seorang budak perempuan mengusik tetamu yang datang beraya dengan menunjukkan ular belaannya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Si kecil berani pegang ular dan excited nak tunjuk dekat orang lain
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aniraharis di TikTok, kelihatan seorang budak perempuan sedang memegang ular yang dibela di dalam rumah.
Apa yang menghiburkan hati netizen adalah apabila dia dilihat membawa ular tersebut ke arah tetamu yang datang beraya di rumahnya. Tetamu itu pun apa lagi, larilah!
Di ruangan kapsyen, pemilik video sempat menulis “Tiada tetamu yang tercedera dalam video ini”.
“Cara halus untuk halau tetamu yang lupa balik. Ambil je ular tu letak atas meja, confirm balik tanpa segan silu” - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat budak perempuan itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 526.8K tontonan, 22.3K tanda suka dan 211 komen di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Suka betul ya dia takutkan orang! Jangan buat selalu dik, tak sempat dapat duit raya nanti pakcik makcik semua dah balik :p
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!