Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Teringin Nak Makan Manisan? Jom Cuba Resepi Cinnamon Rolls Mudah Guna Instant Paratha Ini

10 minit dah siap!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Cinnamon rolls merupakan menu manisan dari negara Barat yang diisi dengan gula dan serbuk kayu manis

Dibuat menggunakan doh yang kaya dengan yis, keunikan makanan ini adalah kerana ia merupakan lembaran doh yang digulung dan mengandungi inti cinnamon yang manis. Memang menjadi kegemaran ramai!

Namun, oleh kerana proses nak membuat cinnamon rolls ini agak susah dan mengambil masa lama, ramai yang memilih untuk membelinya sahaja.

Jangan risau, kini anda sudah boleh buat cinnamon rolls guna instant paratha dan bahan yang ada di rumah sahaja. Jom ikuti perkongsian resepi oleh @millie.guo di TikTok ini.

Image via giphy.com

Bahan-bahan:

  • Salted butter
  • Gula perang
  • Serbuk kayu manis
  • Doh instant paratha yang telah dilembutkan
  • Susu pekat manis

Cara penyediaan:

1. Masukkan salted butter, gula perang dan serbuk kayu manis ke dalam mangkuk dan kacau ia sehingga sebati. 

Image via @millie.guo (TikTok)

2. Kemudian, sapukan adunan gula perang, salted butter dan serbuk kayu manis tadi ke atas doh instant paratha yang telah dilembutkan.

Image via @millie.guo (TikTok)

3. Gulungkan doh tersebut seperti di dalam gambar. Seterusnya potong ia sehingga menjadi enam bahagian.

Image via @millie.guo (TikTok)

Image via @millie.guo (TikTok)

4. Letakkan gulungan doh tadi ke dalam bekas tahan panas. Kemudian, bakar di dalam air fryer dengan suhu 190 darjah celsius selama 10 minit. 

Image via @millie.guo (TikTok)

5. Selepas siap masak, drizzlekan susu pekat manis ke atas cinnamon rolls tersebut. Dah siap, jom makan!

Image via @millie.guo (TikTok)

Kredit Resepi: @millie.guo (TikTok)

Senang betul cara nak membuatnya. Best makan sambil tengok movie ni!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment