Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Terkejut Rumah Bau Asap Masa Tidur, Charging Telefon 'Overnight' Punca Terbakar & Meletup

Nasib baik semua okay.

Cover image via @nurain.najiiha (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Telefon bimbit kini menjadi seperti benda penting yang perlu semua orang ada

Ia memudahkan untuk kita berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Malah, semua benda boleh dilakukan hanya dihujung jari.

Sudah tentu kita perlu mengecasnya bila tiba waktu supaya dapat digunakan semula. Namun, kita dinasihatkan untuk tidur daripada bermain dengannya semasa proses mengecas kerana ia tidak bagus.

Tular apabila seorang wanita berkongsi telefon bimbit adiknya yang dibiarkan begitu lama mengecas tiba-tiba meletup telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Selalu cas sambil main game dan tidur

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi kejadian yang tidak disangka di dalam rumahnya.

Difahamkan, semasa kejadian dia dan ahli keluarganya sedang tidur sebelum tiba-tiba terbau asap yang kuat.

Mereka kemudian mencari puncanya dan mendapati telefon bimbit si adik terbakar dan meletup ketika sedang cas.

Ia mungkin kerana punca mengecas telefon terlalu lama sehingga telefon berkenaan boleh meletup.

Image via @nurain.najiiha (TikTok)

"Weh takut aku selalu cas sambil tidur" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 806.8K views, 48.2K likes dan 1,206 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @nurain.najiiha (TikTok)

Image via @nurain.najiiha (TikTok)

Image via @nurain.najiiha (TikTok)

Semoga kita semua dapat ambil pengajaran.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment