[TERKINI] Agong Perkenan Isytihar Laksana Darurat Sehingga 1 Ogos 2021
Pengisytiharaan itu diumumkan hari ini, 12 Januari 2021.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat
Ia dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19 yang kian menular dan mencecah empat angka sejak bulan Disember lalu.
Seri Paduka Baginda juga telah memberi perkenan untuk tempoh darurat ini sehingga 1 Ogos 2021 atau tarikh lebih awal bergantung kepada angka kes positif Covid-19. Tempoh darurat itu akan diawalkan sekiranya kes harian dapat dikawal dan angka menurun.
Image via Sinar Harian
Perkenan ini turut mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu
Ianya juga berdasarkan statistik semasa Covid-19, khususnya kekangan kemudahan-kemudahan logistik mengikut negeri-negeri yang telah dipersembahkan semasa sesi taklimat tersebut.
Menurut statistik, lima belas hospital Covid-19 mencatatkan kadar penggunaan katil Covid-19 (bukan ICU) melebihi 70 peratus. Di Lembah Klang, penggunaan katil ICU untuk pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya telah mencapai 100 peratus, manakala di Hospital Sungai Buloh 83 peratus.
Kadar penggunaan katil ICU untuk pesakit Covid-19 di Perak, Selangor, Melaka, Terengganu dan Sarawak pula telah melebihi 70 peratus.
Maka dengan itu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.Sehubungan dengan itu, Yang di-Pertuan Agong menasihati rakyat supaya bertenang dan tabah menghadapi pelaksanaan darurat ini serta Perintah Kawalan Pergerakan demi keselamatan semua.
Berikut di bawah adalah kenyataan penuh daripada Istana Negara:
Image via Istana Negara (Facebook)
Image via Istana Negara (Facebook)
Image via Istana Negara (Facebook)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel berkenaan Covid-19 hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment