"Terpaksa Ku Relakan" - Wanita Ini Kongsi Perubahan Drastik Sebelum & Selepas Mengandung
Demi anak, ibu sanggup berkorban.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pengorbanan seorang ibu memang sangat besar dalam hidup kita sejak melahirkan sehinggalah membesarkan kita
Setiap wanita yang mengandung pasti pernah mengalami pelbagai pengalaman yang unik. Ada yang alah kepada bau atau makanan. Ada juga yang mengidam makanan yang tidak pernah dimakan sebelum ini.
Terlalu banyak perubahan yang dialami oleh setiap ibu mengandung di luar sana. Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita berkongsi before and after gambarnya semasa mengandung itu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Naik berat badan dan muka penuh dengan jerawat kecil
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berkongsi gambarnya sebelum dan selepas mengandung di laman TikToknya.
Dia dilihat mengalami perubahan yang ketara antaranya ialah berat badan semakin naik daripada 55kg sehingga 86kg. Jerawat juga naik satu badan sehinggakan mukanya break out. Padahal bayi yang lahir hanyalah 2.3kg saja.
Wanita itu tidak putus asa untuk mengembalikan rupa fizikal seperti dulu. "Semoga cita-cita untuk kembali kepada sediakala tercapai", katanya.
Image via @dayahdeelly (TikTok)
Image via @dayahdeelly (TikTok)
Image via @dayahdeelly (TikTok)
"Pregnancy is wonderful life, takpa nanti boleh kembali gorgeous balik" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3.3M tontonan, 207K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat kepada wanita itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @dayahdeelly (TikTok)
Image via @dayahdeelly (TikTok)
Image via @dayahdeelly (TikTok)
Image via @dayahdeelly (TikTok)
Kuatkan semangat sis, jangan putus asa. InsyaAllah nanti cantik balik! :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment