Tertelan Jarum, Doktor Nasihat Hijabis Buang Tabiat Suka Gigit Peniti Masa Pakai Tudung
Bahaya, dah tersekat dekat tulang.
Para hijabis sudah tentu memerlukan pin atau jarum peniti untuk menggayakan stail tudung mereka
Pin atau jarum peniti memang digunakan supaya tudung itu terletak dan tidak tergerak. Semakin berbelit stail tudung itu, semakin banyak jarum peniti yang diperlukan. Ada sesetengah wanita di luar sana suka menggigit jarum peniti semasa menggayakan tudung mereka.
Namun, tahukah anda perkara tersebut sangat berbahaya. Tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang doktor mempunyai seorang pesakit yang tertelan jarum peniti telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pesakit tertelan jarum kemudian telah tersangkut di bahagian usus
Menerusi video berkenaan, kelihatan doktor memaparkan gambar X-ray pesakitnya yang tertelan jarum itu.
Apa yang lebih megejutkan adalah apabila doktor itu mendapati bahawa jarum yang tertelan itu telah tersangkut di bahagian usus. Lebih parah lagi, jika jarum itu tersangkut lebih 12 jam, pembedahan harus dilakukan.
Punca pesakit tertelan jarum adalah kerana dia mengigit jarum sebelum dipinkan pada tudungnya. Doktor nasihatkan supaya orang ramai dapat membuang tabiat membahayakan ini.
Image via @hanyafototulang (TikTok)
"Aku pernah alami braces gigiku patah saat lagi makan & ketelan sekitar +-2 cm, sumpah sakit banget pas lewat di usus" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.9M tontonan, 64K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @hanyafototulang (TikTok)
Image via @hanyafototulang (TikTok)
Image via @hanyafototulang (TikTok)
Hati-hati girls, kalau boleh cucuk dekat sponge, jangan letak kat mulut!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment