"Tiada Ahli Geologi Nama Dr Sarah" - UM Tepis Dakwaan Artikel KL Dibina Atas Gua Kosong
Menurut kenyataan, kandungan artikel itu adalah tidak berdasarkan fakta dan palsu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah artikel yang kononnya mendakwa tentang pembinaan ibu kota Kuala Lumpur
Universiti Malaya (UM) telah menafikan artikel berkenaan yang kononnya ditulis oleh pakar geologi universiti berkenaan mendakwa terdapat gua kosong besar di bawah Kuala Lumpur.
Ketua Jabatan Geologi Fakulti Sains UM, Prof Madya Dr Meor Hakif Amir Hassan berkata, artikel itu didakwa ditulis seorang ahli geologi terkemuka dari UM bernama Dr Sarah Jamal.
"Bagaimanapun, tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal yang berkhidmat di UM.
"Malah, senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia juga tiada nama itu didaftarkan," kata kenyataan yang disiarkan di Facebook rasmi.
Menerusi kenyataan tersebut, kandungan artikel yang disiarkan itu adalah tidak berdasarkan fakta dan palsu.
Katanya, staf Jabatan Geologi UM mengambil langkah berhati-hati mengulas berkenaan insiden di Jalan Masjid India memandangkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan penyiasatan oleh pihak berkuasa masih berjalan.
"Punca kejadian itu juga masih tidak dipastikan," katanya.
Terdahulu, pada Jumaat, Vijayalakshmi, 48, berasal dari Andhra Pradesh, India, terjatuh dalam lubang tanah jerlus ketika sedang berjalan dari arah Selangor Mansion menuju ke Wisma Yakin pada jam 8.25 pagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment