Tiga Mahasiswa USIM Sebar Syiar Islam Di New Zealand Sambil Jalani Latihan Industri
Alhamdulilah, perkara yang bagus.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tiga mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan perjuangan dakwah penyebaran syiar Islam melalui latihan industri di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand
Menerusi Kosmo, mereka merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan di USIM.
Difahamkan mereka memilih untuk menjalani latihan industri selama tiga bulan 18 hari di bumi New Zealand bukan kerana mahu menimba pengalaman sahaja, tetapi sebenarnya ingin menggalas tanggungjawab untuk menyebarkan syiar Islam di situ.
Image via @usimofficial (TikTok)
Jalankan pelbagai aktiviti dakwah Christchurch
Tiga anak muda yang dikenali sebagai Ahmad Iqbal Hadi, Muhammad Aiman dan Abdul Basit ditugaskan untuk mengajar al-Quran, menjadi imam solat berjemaah dan menguruskan pelancong yang berkunjung ke masjid.
Mereka turut memimpin khutbah Jumaat dan menjalankan aktiviti dakwah di Christchurch.
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat mereka sangat gigih berdakwah dan telah mendapat pujian ramai serta patut dijadikan contoh bagi ramai golongan muda.
Lihat video itu di bawah:
Memang patut dicontohi oleh semua orang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment